Navigation

Biografi Peguam Syarie

Biografi Peguam SyarieMohd Faiz AdnanManaging Partner

Faiz Adnan & Associates telah memulakan perkhidmatannya khusus dalam mengendalikan kes-kes Syariah di mahkamah syariah pada awal tahun 2003. Firma ini telah diterajui oleh seorang peguam syarie iaitu Tuan Mohd Faiz Bin Adnan yang berpengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes Syariah.

Hubungi Faiz Adnan & Associates di sini.


“Aku tidak pernah kenyang selama 16 tahun.
Kerana kekenyangan itu memberatkan hidup,
menyesatkan hati,
menghilangkan cerdik,
menarik tidur
dan melemahkan orang yang kenyang itu
daripada beribadah.”

— Imam Syafi'i

Profil

Nama : Mohd Faiz Bin Adnan

Kelahiran : Taiping Perak

Kelulusan :
1) Ijazah Sarjana Muda Syariah ( Kepujian ) Kelas Kedua Tinggi, Universiti Malaya Kuala Lumpur
2) Diploma Amalan Guaman Syariah, Universiti Islam Antarabangsa
3) Cert. of Mediation Australia

Jawatan : Peguam Syarie / Pengurus / Pekongsi

Pengalaman :
• Mula Berkhidmat sebagai Pembantu Peguam di Tetuan Zaidi Zain & Associates pada 1998 sehingga awal tahun 1999.
• Kemudian berpindah ke Tetuan Noorafizah & Assosiates sebagai Peguam Syarie dari awal tahun 1999 sehingga awal tahun 2000.
• Seterusnya mendapat tawaran sebagai Ketua Jabatan Syariah dan Perbankan Islam di Tetuan Azlan Shah Shaikh & Rashidi dari awal tahun 2000 sehingga akhir 2003.
• Selepas itu telah membuka firma sendiri pada akhir tahun 2003 sehingga sekarang.
• Beliau juga telah mendapat pengiktiran oleh lapan (8) buah negeri di Semenanjung Malaysia untuk beramal sebagai peguam syarie menerusi pentauliahan mengikut negeri masing-masing.

Negeri-negeri tersebut adalah :

i- Selangor Darul Ehsan
ii- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
iii- Perak Darul Ridzuan
iv- Negeri Sembilan Darul Khusus
v- Melaka Bandaraya Bersejarah
vi- Kelantan Darul Naim
vii- Perlis Indera Kayangan
viii- Pulau Pinang

• Selain itu beliau dilantik sebagai peguam panel bagi Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan dan Selangor serta beberapa persatuan Ibu Tunggal seperti Pertiwi dan pernah dijemput oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga untuk menyampaikan ceramah di dalam Simposium Wanita dan keluarga yang khususnya membentangkan kertas kerja berkaitan hak wanita Islam selepas bercerai.

• Beliau juga aktif di dalam bidang pendidikan dan motivasi dan pernah dilantik sebagai fasilitator di syarikat perunding motivasi terkenal seperti di Sabha Group dibawah kendalian Datuk Dr. Hassan Ali, Excell training Sdn. Bhd di bawah naungan Datuk Dr. Mohd Fadhilah Kamsah dan perunding bersama motivasi sekolah-sekolah JAIS di bawah kendalian Puan Noraini Ahmad iaitu Kaunselor Kanan Universiti Islam Antarabangsa.

• Selain itu beliau juga terlibat dengan penulisan skrip dan diundang oleh RTM sebagai Artis Berjadual sejak dari tahun 2000 dalam rancangan Keluarga Bahagia dan Isu Semasa terbitan Suara Islam.

• Di samping itu beliau juga aktif berpersatuan dan jawatan terkini beliau bersama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM ) sebagai Bendahari Kehormat untuk sesi 2008 sehingga 2012. Sementara itu, beliau juga telah dilantik sebagai Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebangsaan Islam Malaysia ( PERKIM ) bagi Wilayah Persekutuan.

• Beliau telah ditauliahkan sebagai mediator bertauliah dari Australia pada tahun 2006 dan telah berjaya menyelesaikan banyak kes-kes mediasi yang melibatkan isu-isu kekeluargaan, hartanah, isu-isu pekerjaan, dan isu-isu kontrak.


SENARAI STAF FAIZ ADNAN & ASSOCIATES

faiz-adnan-staf-3
NORHAFSAH BINTI MOHD ISA LEGAL ASSISTANT B.A of Syariah with Jurisprudence (Hons) Kuis

faiz-adnan-staf-4
SITI NUR HASANAH BINTI JOHARI

LEGAL ASSISTANT

B.A of Syariah with Jurisprudence (Hons) Kuis

Foundation in Islamic Studies


faiz-adnan-staf-5
NOR SAIDAH BINTI ZAKARIA

LEGAL ASSISTANT

B.A of Syariah with Law (Hons) Kuis

Diploma in Syariah with Jurisprudence (Kuis)


faiz-adnan-staf-6
NUR HAZIQAH BINTI AHMAD DAMAN HURI

ADMIN & ACCOUNT ASSISTANT

Diploma in Accounting, UiTM


Lihat senarai perkhidmatan Tetuan Faiz Adnan & Associates.