Navigation

Biography

BiographyMohd Faiz AdnanManaging Partner

Faiz Adnan & Associates has started its services specialized in handling cases in Sharia court in early 2003. The firm has been spearheaded by a Syariah lawyer of Mr. Mohd Faiz Bin Adnan who has extensive experience in handling cases of Sharia.

Contact Faiz Adnan & Associates for more details.


“Aku tidak pernah kenyang selama 16 tahun.
Kerana kekenyangan itu memberatkan hidup,
menyesatkan hati,
menghilangkan cerdik,
menarik tidur
dan melemahkan orang yang kenyang itu
daripada beribadah.”

— Imam Syafi'i

Profile

Nama : Mohd Faiz Bin Adnan

Kelahiran : Taiping Perak

Kelulusan :
1) Ijazah Sarjana Muda Syariah ( Kepujian ) Kelas Kedua Tinggi, Universiti Malaya Kuala Lumpur
2) Diploma Amalan Guaman Syariah, Universiti Islam Antarabangsa
3) Cert. of Mediation Australia

Jawatan : Peguam Syarie / Pengurus / Pekongsi

Pengalaman :
• Mula Berkhidmat sebagai Pembantu Peguam di Tetuan Zaidi Zain & Associates pada 1998 sehingga awal tahun 1999.
• Kemudian berpindah ke Tetuan Noorafizah & Assosiates sebagai Peguam Syarie dari awal tahun 1999 sehingga awal tahun 2000.
• Seterusnya mendapat tawaran sebagai Ketua Jabatan Syariah dan Perbankan Islam di Tetuan Azlan Shah Shaikh & Rashidi dari awal tahun 2000 sehingga akhir 2003.
• Selepas itu telah membuka firma sendiri pada akhir tahun 2003 sehingga sekarang.
• Beliau juga telah mendapat pengiktiran oleh lima (5) buah negeri di Semenanjung Malaysia untuk beramal sebagai peguam syarie menerusi pentauliahan mengikut negeri masing-masing.

Negeri-negeri tersebut adalah :

i- Selangor Darul Ehsan
ii- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
iii- Perak Darul Ridzuan
iv- Negeri Sembilan Darul Khusus
v- Melaka Bandaraya Bersejarah

• Selain itu beliau dilantik sebagai peguam panel bagi Biro Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan dan beberapa persatuan Ibu Tunggal seperti Pertiwi dan pernah dijemput oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga untuk menyampaikan ceramah di dalam Simposium Wanita dan keluarga yang khususnya membentangkan kertas kerja berkaitan hak wanita Islam selepas bercerai.

• Beliau juga aktif di dalam bidang pendidikan dan motivasi dan pernah dilantik sebagai fasilitator di syarikat perunding motivasi terkenal seperti di Sabha Group dibawah kendalian Datuk Dr. Hassan Ali, Excell training Sdn. Bhd di bawah naungan Datuk Dr. Mohd Fadhilah Kamsah dan perunding bersama motivasi sekolah-sekolah JAIS di bawah kendalian Puan Noraini Ahmad iaitu Kaunselor Kanan Universiti Islam Antarabangsa.

• Selain itu beliau juga terlibat dengan penulisan skrip dan diundang oleh RTM sebagai Artis Berjadual sejak dari tahun 2000 dalam rancangan Keluarga Bahagia dan Isu Semasa terbitan Suara Islam.

• Di samping itu beliau juga aktif berpersatuan dan jawatan terkini beliau bersama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM ) sebagai Biro Khidmat Bantuan Guaman Syarie untuk sesi 2006 sehingga 2008. Pada sesi 2004 sehingga 2006 beliau telah memegang jawatan sebagai Biro Teknologi Maklumat. Sementara itu, beliau juga telah dilantik sebagai Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebangsaan Islam Malaysia ( PERKIM ) bagi Wilayah Persekutuan.


SENARAI STAF FAIZ ADNAN & ASSOCIATES

faiz-adnan-staf-3
NORHAFSAH BINTI MOHD ISA

LEGAL ASSISTANT

B.A of Syariah with Jurisprudence (Hons) Kuis


faiz-adnan-staf-4
SITI NUR HASANAH BINTI JOHARI

LEGAL ASSISTANT

B.A of Syariah with Jurisprudence (Hons) Kuis

Foundation in Islamic Studies


faiz-adnan-staf-5
NOR SAIDAH BINTI ZAKARIA

LEGAL ASSISTANT

B.A of Syariah with Law (Hons) Kuis

Diploma in Syariah with Jurisprudence (Kuis)


faiz-adnan-staf-6
NUR HAZIQAH BINTI AHMAD DAMAN HURI ADMIN & ACCOUNT ASSISTANT Diploma in Accounting, UiTM

Lihat senarai perkhidmatan Tetuan Faiz Adnan & Associates.