Navigation

PENGENALAN FIRMA PEGUAM SYARIE FAIZ ADNAN & ASSOCIATES

Peguam Syarie Faiz Adnan TV Alhijrah full

Firma PEGUAM SYARIE FAIZ ADNAN & ASSOCIATES menawarkan perkhidmatan guaman di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Melaka & Negeri Sembilan dalam permasalahan Syariah melibatkan poligami, pengesahan talaq, penceraian, Fasakh, Ta'liq, Khuluq, Iddah, anggapan kematian, penyelenggaraan isteri, tunggakan nafkah, hadiah saguhati (Muta'ah), perkahwinan bahagian hartanah, anak-anak & penjagaan, penguatkuasaan & pelaksanaan perintah, jenayah Syariah, pendaftaran perkahwinan di luar negara dan rayuan Syariah (Mal & jenayah). Maklumat yang lebih lanjut boleh didapati di halaman Perkhidmatan.

Peguam Syarie Faiz Adnan TV Alhijrah close up

Menempuhi ranjau permasalahan isu rumah tangga pasti memberi impak emosi yang tidak disenangi oleh pihak-pihak yang terlibat sehingga ada yang tidak mampu untuk menanganinya. Namun begitu, sudah tentu ada pihak yang memahami situasi ini yang mempunyai kepakaran dari sudut undang-undang dan hukum Syarak serta mampu untuk menjaga kepentingan pihak-pihak.

Di Firma Peguam Syarie Faiz Adnan & Associates, kami memberikan fokus sepenuhnya terhadap Guaman Syarie bagi mewakili mana-mana pihak bagi apa-apa kes di Mahkamah Syariah. Kami amat memahami tentang apa yang anda telah lalui dan kami sangat komited untuk membantu anda dengan kepakaran kami untuk mendapatkan hasil yang setimpal dalam kes anda serta sudah tentu kami akan sentiasa bersama anda pada setiap langkah sehingga ke penghujungnya.

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat temujanji, anda boleh menghubungi kami melalui email, telefon atau terus ke pejabat kami melalui alamat yang tertera di bawah:

Faiz Adnan & Associates
No. 10-3 Tingkat 3, Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar Utama,
59000 Bangsar,
Kuala Lumpur.

KOORDINAT GPS: 3.127526, 101.676852
NO-TELEFON: +603-2283 3400 / 1400
NO-FAKS: +603-2202 1400
E-MAIL: faizadnanassoc @ yahoo.com.my
FACEBOOK: Peguam Syarie Faiz Adnan Associates

PANEL JEMPUTAN

Faiz Adnan Panel Jemputan MaybankFaiz Adnan Panel Jemputan PetronasFaiz Adnan Panel Jemputan RTMFaiz Adnan Panel Jemputan IKIMFaiz Adnan Panel Jemputan ATMAFaiz Adnan Panel Jemputan CHIP PAC

Biografi Peguam Syarie

Biografi Peguam SyarieMohd Faiz AdnanManaging Partner

Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) UM
Diploma Undang-undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam (DAIJ) UIAM
Cert. of Mediation Australia

Peguam Syarie Mohd Faiz Adnan, telah menjadi pengamal undang-undang Syariah selama lebih daripada 15 tahun. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengendalian mahkamah Syariah ketika beliau masih lagi bersama Tetuan Zaidi Zain & Associates, Tetuan Noorafizah & Associates dan Tetuan Azlan Shah Shaikh & Rashidi Sebagai Ketua Jabatan Syariah dan Perbankan Islam.

Baca profile penuh di sini.