Navigation

Our Services

Matlamat utama firma ini adalah untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat Islam yang memerlukan perkhdimatan Syarie dan guaman. Selain itu juga, firma guaman ini sedaya upaya membantu pihak-pihak yang tidak berkemampuan untuk melantik peguam syarie dan tidak berkelayakan mendapat bantuan daripada biro bantuan guaman.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di firma ini adalah:

A) Guaman Syarie
1. Pengesahan dan pendaftaran perkahwinan luar negara
2. Permohonan perkahwinan
     a. Wali hakim
     b. Poligami
3. Perceraian dan pengesahan perceraian
     a. Fasakh
     b. Ta’liq
     c. Khulu’ (tebus talak)
     d. Anggapan mati
     e. Faraq pernikahan
4. Tuntutan suami/isteri dalam perkahwinan
     a. Nafkah zahir dan batin
5. Tuntutan suami/isteri selepas perceraian
     a. Nafkah iddah
     b. Mutaah
     c. Harta sepencarian
     d. Nafkah tertunggak
6. Tuntutan hak jagaan anak (custody/guardianship)
     a. Nafkah tertunggak anak
     b. Nafkah Anak
7. Tuntutan hutang/nafkah tertunggak perkahwinan
8. Pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah
     a. Ubah perintah
     b. Saman penghutang penghakiman
     c. Komital
9. Peguambela jenayah syariah
10. Rayuan syariah (mal/jenayah)

B) Perunding Kekeluargaan Islam
Selain memberi pengisian seminar kepada ahli dan masyarakat, pihak kami juga memberikan rundingcara-rundingcara berkaitan dengan kekeluargaan Islam termasuk hal-hal berkaitan dengan komunikasi dan psikologi dalam perkahwinan serta lain-lain.

C) Perunding Harta Orang Islam
Pihak kami akan memberikan konsultasi berkaitan instrumen pentadbiran/pengurusan harta/harta amanah orang Islam seterusnya memajukan dokumen ikatan/pengisytihan harta/amanah ke mehkamah bagi tujuan pengendosan dalam perkara-perkara berikut:

1. Penulisan wasiat
2. Hibah (pemberian semasa hidup)
3. Wakaf
4. Pusaka yang berwasiat dan/tidak berwasiat; dan
5. Apa-apa pertikaian harta orang Islam

Selain itu, kami turut menyediakan artikel-artikel rujukan yang melibatkan perkara di atas di halaman rujukan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada kami melalui E-mail atau berhubung terus dengan kami.